Definisi
Merupakan
Institusi Kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi
kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan
untuknya.
Pada
kurun 15, Islam telah bertapak di Melaka. Undang-Undang Islam mula digunakan
apabila pembesar dan raja-raja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun,
Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undang-undang Islam yang
telah wujud ketika itu. "Sebelum kedatangan British undang-undang Islam
adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab
Syafie" kata Hakim Edmond JC – Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik Elia Bux).
"Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang
tempatan & undang-undang negara" (Kes Ramah lwn Laton – Mah. Rayuan
Ngri Melayu Bersekutu –(1927) 6 FMSLR 128). Kejatuhan Melaka pada 1511,
Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, Walaubagaimanapun
kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786,
kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha
pengenepian Undang-undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu
tidak mmepunyai sebarang sistem perundangan (Undang-undang) dan mendakwa
undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim.(Dakwaan mereka palsu kerana
ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis).
Pada
1880 Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya
bersetuju menggubal Ordinan Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880. (kahwin
& cerai umat Islam). Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah
Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah
dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama
diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang
terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Sejak Tahun 1952
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan
dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang
pertama, terlengkap ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam.
Kuatkuasa undang-undang itu adalah Khas untuk umat Islam dan terhad kepada
bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja.
Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.
Sultan adalah
sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan
hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi.
Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang
bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak
mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak,
Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran
agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah
Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan
Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap
negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara
yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama
Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran
Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di
setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi
menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan
dilantik seorang Kadi Daerah.
Antara Maklumat-maklumat Lain yang Berkaitan dengan Mahkamah Syariah