Translate

PELAWAT

Friday 2 May 2014

INSTITUSI MASJID DI MALAYSIA

Konsep Dan Pengertian Masjid

Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam membangunkan umat Islam dan menegakkan tamadun kehidupan mereka.  Takrif atau istilah masjid berasal daripada bahasa arab iaitu ’masjad’,’sajada’,’yasjudu’ dan ’sujudan’, yang membawa erti sujud.  Berasaskan pengertian inilah perkataan tersebut digunakan sebagai nama tempat kita melakukan solat yang dikenali sebagai masjid.  Ini kerana, sujud antara gerakan utama dalam memunaikan solat.  Secara terperinci, masjid mempunyai dua erti, iaitu erti umum dan erti khusus.  Masjid dalam erti umum adalah semua tempat yang digunakan untuk sujud dinamakan masjid kerana Nabi pernah berkata, Allah menjadikan muka bumi ini sebagai tempat untuk bersujud yakni masjid.  Sedangkan masjid dalam pengertian khusus adalah tempat atau bangunan yang dibangun khusus untuk menunaikan ibadat, terutama solat secara berjamaah.

Pengertian ini juga jika dikupas secara terperinci, ia memecahkan masjid kepada kategori-kategori iaitu Masjid Jamek dan Surau.  Masjid Jamek adalah merujuk kepada masjid utama sesuatu kawasan ataupun qariah.  ’Jamek’ bermaksud besar.  Oleh itu, hanya ada satu masjid jamek sahaja di sesebuah petempatan dan biasanya solat berjemaah yang diwajibkan dilakukan beramai-ramai seperti solat Jumaat  diadakan di masjid ini.  Manakala, masjid yang kecil sesuai dengan keperluan yang hanya digunakan untuk solat lima waktu samada di kawasan perkampungan, desa, tempat-tempat umum disebut sebagai ’musollah’ iaitu surau.

Dalam konteks penjelasan lain bagi takrif masjid pula, masjid ialah suatu kawasan yang mempunyai bangunan yang diperbuat daripada batu dan kayu tetapi dikhaskan dan diniatkan untuk masjid maka dengan demikian ia telah menjadi masjid.  Ia juga merupakan bangunan rasmi untuk umat Islam melaksanakan kegiatan ibadah yang biasanya mempunyai mimbar, mihrab, menara dan sebagainya.  Konsep masjid bukan hanya sebagai tempat untuk menunaikan solat atau tempat berkumpulnya umat Islam dalam kelompok masyarakat di petempatan tertentu.  Tetapi masjid juga merupakan sebuah institusi atau pusat untuk mentadbir dan mengendalikan masyarakat sesebuah petempatan.

 Masjid juga disebut sebagai Rumah Allah (Baitullah) bahkan sebagai Rumah Masyarakat (Bait al Jami’).  Ianya boleh dijadikan sebagai tempat untuk mengadakan majlis ilmu, akad nikah, mesyuarat dan lain-lain kegiatan yang dibenarkan oleh agama. Masjid adalah syiar Islam dan menjadi nadi pembangunan masyarakat Islam duniawi dan akhirat. 

Masjid mempunyai falsafah yang tersendiri dan yang paling utama adalah untuk mengukuhkan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama persekitaran.  Antara falsafah-falsafah masjid yang selebihnya adalah seperti berikut :

  • Mengajak manusia kepada ketakwaan dan menjauhi kemaksiatan.
  • Meninggikan syiar islam dan menghapuskan kesyirikan.
  • Mengamankan manusia dari ketakutan dan mengamankan masyarakat dari persengketaan.
  • Menyatukan perbezaan dan mempertautkan ummah yang berpecah.
  • Mengajar yang jahil dan menyedarkan yang lalai.
  • Menyuburkan penghayatan amal jamai dan amal ijtimai.



 Masjid Negeri Pulau Pinang
Masjid Jamek An-Nur, Labuan
Masjid MuhammadiKelantan
Masjid NegaraKuala Lumpur

Masjid Sultan Ahmad ShahPahang
Masjid Al-Azim ,Melaka
Masjid Abidin, Terengganu
Masjid Jamek Negeri Sarawak
Masjid Negeri, Negeri Sembilan

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahSelangor





































































































Masjid Negeri Sabah



























































































Untuk maklumat lanjut, sila klik: Direktori Masjid di Malaysia
















No comments:

Post a Comment