Translate

PELAWAT

Wednesday 7 May 2014

MAHKAMAH SYARIAH DI MALAYSIA


Definisi
Merupakan Institusi Kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya.

Sejarah Ringkas Penubuhan Mahkamah Syariah

Pada kurun 15, Islam telah bertapak di Melaka. Undang-Undang Islam mula digunakan apabila pembesar dan raja-raja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud ketika itu. "Sebelum kedatangan British undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie" kata Hakim Edmond JC – Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik Elia Bux). "Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan & undang-undang negara" (Kes Ramah lwn Laton – Mah. Rayuan Ngri Melayu Bersekutu –(1927) 6 FMSLR 128). Kejatuhan Melaka pada 1511, Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, Walaubagaimanapun kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha pengenepian Undang-undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak mmepunyai sebarang sistem perundangan (Undang-undang) dan mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim.(Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis).

Pada 1880 Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal Ordinan Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880. (kahwin & cerai umat Islam). Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Sejak Tahun 1952 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam. Kuatkuasa undang-undang itu adalah Khas untuk umat Islam dan terhad kepada bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja. Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.

Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.


Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)















Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP)













Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan (JKNS)

Mahkamah Syariah Negeri Melaka


Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS)

                                                
















                      Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor

















Jabatan Kehakiman Syariah Pahang

















Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu









































Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kelantan

















Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak














Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Pulau Pinang


















Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Kedah
















No comments:

Post a Comment