Translate

PELAWAT

Friday 9 May 2014

PENGURUSAN ZAKAT DI MALAYSIA



Zakat ialah derma yang wajib diberikan orang Islam yang mampu kepada 8 golongan (Asnaf) yang berhak menerimanya. Ibadat zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ibadat zakat ini diwajibkan kepada setiap orang Islam apabila cukup syarat-syaratnya. Selain melaksanakan perintah Allah s.w.t, tujuan utama ibadat ini ialah untuk membantu umat Islam yang memerlukan pertolongan. Sudah menjadi lumrah alam bahawa ada manusia yang senang, susah, kaya, dan miskin. Oleh itu ibadat zakat yang diwajibkan merupakan pembahagian harta kekayaan yang dimiliki oleh golongan kaya kepada golongan miskin mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarak. Dengan cara ini, semua golongan manusia dapat merasai nikmat kurniaan Allah s.w.t yang terdapat di muka bumi ini. Ibadat zakat juga merupakan hubungan individu dengan Allah dan hubungan sesama manusia. Hal ini dapat dilihat melalui pembahagian harta seseorang kepada orang lain mengikut hukum syarak. Selain itu, hubungan yang erat antara sesama umat Islam dapat dijalan.


Institusi Pengurusan Zakat di Malaysia

Institusi pengurusan zakat di Malaysia ialah sebuah institusi kewangan yang bertanggungjawab terhadap segala kutipan zakat fitrah dan zakat harta. Institusi ini berada dibawah pentadbiran Majlis Agama Islam di setiap negeri. Ia mempunyai beberapa peranan seperti :

  • Memungut dan meningkatkan kutipan zakat harta dan zakat fitrah
  • Menggunakan harta zakat untuk memajukan masyarakat islam
  • Membelanjakan harta zakat melalui cara yang halal untuk meningkatkan ekonomi umat Islam
  • Memperkukuhkan cara yang sistematik dalam urusan pengutipan zakat melalui operasi berkomputer
  • Memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mengeluarkan zakat
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan dan memberi kewujudan kepada umat Islam membayar zakat.


Senarai Institusi yang Bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Zakat



Pusat Zakat Negeri Sembilan


Pusat Zakat Negeri Melaka

















Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan












Jabatan Zakat Negeri Kedah 











Majlis Agama Islam Negeri Johor











Pusat Urus Zakat Pulau Pinang












Pusat Zakat Negeri Sabah






Tabung Baitulmal Negeri Sarawak








Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak








Pusat Urusan Zakat Negeri Terengganu











Pusat Kutipan Zakat Negeri Pahang








Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan










Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Negeri Perlis 



No comments:

Post a Comment