Translate

PELAWAT

Saturday 3 May 2014

INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM BHG 5


Institusi Pengajian Tinggi Islam

Pada peringkat pengajian tinggi, terdapat banyak institusi pengajian tinggi Islam yang telah ditubuhkan bagi menampung pertumbuhan pelajar daripada aliran Arab ini. Selain mempunyai bidang pengkhususan keagamaan seperti Syariah, Usuluddin, Dakwah, dan sebagainya, institusi ini turut menawarkan pengajian akademik dan profesional yang lain seperti perubatan, kejuruteraan, perakaunan, ekonomi, undang-undang dan lain-lain lagi.        

Senarai Pusat Pengajian Tinggi Islam

Logo UIAM

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan bertujuan untuk menghidupkan kembali konsep pembelajaran secara Islam dan meluaskan bidang pilihan kepada umat Islam dalam pengajian peringkat tinggi. Maka tidak hairanlah sebahagian daripada kos permulaan UIAM ini ditaja oleh Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan beberapa negara Islam.

Permandangan di sekitar UIAM
Cadangan untuk menubuhkan universiti ini lahir pada awal tahun 1982, apabila Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk merancang dan menubuhkan Universiti Islam di Malaysia. Setelah dipersetujui kabinet, UIAM telah ditubuhkan secara rasmi pada 10 Mei 1983. Presiden pertamanya, Tun Hussein Onn telah dilantik pada 16 September tahun yang sama.

Kampus induk UIAM seluas 700 ekar terletak di Gombak, Selangor. UIAM juga mempunyai dua kampus cawangan di Kuantan dan juga Kuala Lumpur. Pusat Asasi UIAM terletak di Petaling JayaSelangor dan di Nilai, Negeri Sembilan. UIAM mempunyai 10 buah kulliyyah (fakulti) dan 12 pusat kecemerlangan.





Logo USIM
Universiti Sains Islam Malaysia (dahulu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Malaysia, KUIM) merupakan salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia. USIM merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia.

Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Bangunan Canselori USIM
Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina keterampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.






Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


Logo UniSZA
    Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) yang kini dikenali sebagai Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terletak di negeri Terengganu. Universiti Darul Iman Malaysia telah ditubuhkan pada 24 Ogos 2005 sebagai institut pengajian tinggi awam (IPTA) ke-18 dan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) telah menjadi salah sebuah kampusnya. Walaupun masih baru, namun universiti ini telah berpengalaman dalam menguruskan program diploma dan ijazah sarjana muda melalui Kampus KUSZA sejak tahun 1980-an



UniSZA setakat ini mempunyai tiga kampus di Terengganu yang telah beroperasi sepenuhnya iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Kota dan Kampus Tembila. UniSZA juga mempunyai sebuah lagi kampus iaitu Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur.

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Logo KUIS
Majlis Istiadat Konvokesyen KUIS pada tahun 2008
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (pernah dikenali sebagai Kolej Islam Selangor Darul Ehsan, KISDAR) telah ditubuhkan pada 1995 sebagai kolej swasta dan dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah Akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari1995 juga membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu.

Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional dan golongan teknokrat Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan islam.

Selain itu juga, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Logo KUIN

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah ditubuhkan pada tahun 2006. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dahulunya dikenali sebagai Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH) dinaikkan taraf sebagai Kolej Universiti pada 15 Mei 2006. Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang berdaftar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Permandangan di waktu malam 

INSANIAH juga mempunyai sebuah badan eksekutif yang dikenali sebagai Majlis INSANIAH yang berfungsi sebagai badan yang mengelola, mengawal dan mentadbir INSANIAH. Ahli Lembaga Pengarah KUIN dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman. Kesepaduan tenaga akademik dari dalam dan luar Negara telah menarik ramai warga asing daripada Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Kemboja termasuk Iran, Australia, China dan lain-lain.


Logo KIAS

 Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi swasta (IPTS) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN).

Penubuhan KIAS merupakan inspirasi Kerajaan untuk menjadikan Kelantan negeri Serambi Mekah sebagai pusat penyebaran, perkembangan dan pembudayaan ilmu dan syiar Islam yang tersohor di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

KIAS telah mendaftar secara rasmi dengan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) di bawah Kementerian Pengajian TInggi dan mendapat pengiktirafan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) untuk program-program pengajiannya.
Bangunan KIAS

Kampus KIAS terletak di Nilam Puri iaitu di kilometer 12 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai. Ia terletak dalam "Zon Ilmu" yang diisytiharkan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Di situ juga terletaknya Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Masjid Kampung Laut yang merupakan sebuah masjid tertua di negeri Kelantan 
Kolej Universiti Islam Melaka atau lebih dikenali sebagai KUIM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi milik penuh Kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Usaha Kerajaan Negeri yang komited dalam memacu kecemerlangan pendidikan seiring dengan matlamat Melaka Maju 2010 maka KUIM telah dinaik taraf menjadi Kolej Universiti pada 1 Julai 2009 oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Dahulunya KUIM dikenali sebagai Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka (KTIAM) telah membuat satu anjakan paradigma dalam memperkenalkan wadah baru pendidikan, iaitu kombinasi bidang pengajian islam diintegrasikan dengan bidang sains dan diterapkan dengan disiplin psikologi seiringan.



Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dahulunya di kenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) adalah merupakan sebuah Institut Pengajian Tinggi yang di miliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak.  Pada 13 Disember 2012 Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah meluluskan naik taraf Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) sebagai sebuah kolej Universiti. Selaras dengan kelulusan tersebut, Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) kini telah di kenali sebagai Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS)









Universiti Antarabangsa Al-Madinah atau (MEDIU) telah dinamakan semperna bandar Madinah Arab Saudi. MEDIU telah ditubuhkan oleh sekumpulan ulama Islam untuk menyediakan orang Islam kontemporari dengan alat pendidikan. Ia memudahkan e-pembelajaran dan boleh diakses oleh pelajar-pelajar dari seluruh dunia. Institusi ini secara rasmi didaftarkan sebagai sebuah universiti pada tahun 2007.



Kolej Islam antarabangsa atau ringkasnya, IIC, telah ditubuhkan pada tahun 2000 sebagai sebuah institusi pengajian tinggi swasta. Ia dimiliki oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),dan merupakan anak syarikat penuh IIUM Holdings Sdn Bhd. IIC merupakan sebuah pusat ilmu yang ditubuhkan untuk mendidik, melatih dan menyebarkan nilai-nilai murni kepada lelaki dan wanita yang bercita-cita muda , yang berharap untuk menjadi generasi akan datang secara profesional dan sebagai pemimpin.




Sejarah awal Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) sebagai pusat pengajian tinggi Islam dan bahasa Arab telah wujud pada tahun 1997 apabila Majlis Agama Islam Johor telah membuat keputusan meningkatkan lagi taraf pengajian di Maahad Johor kepada pengajian tinggi Islam dengan mengekalkan kedudukan Maahad Johor sebagai sekolah menengah tinggi dan MARSAH sebagai IPT.
Pada 17 Jun 1997 satu memorendem persefahaman dalam bidang akademik dan kebudayaan di antara Majlis Agama Islam Johor dan Universiti Al-Azhar telah ditandatangani bagi membolehkan pusat pengajian ini ditubuhkan untuk mengendalikan program dan kursus-kursus KuliahAl-Dirasat Al-Islamiah Wa Al-Arabiah Universiti Al-Azhar di MARSAH.




Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) adalah merupakan titik tolak pertama ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi Islam di negeri ini. Sejarahnya bermula pada 27 Ogos 1996 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan idea penubuhannya. Buat permulaannya, KIPSASmenampung keperluan saluran pengajian tinggi bagi pelajar-pelajar lepasan sekolah menengah agama negeri untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Pengambilan kumpulan pelajar pertama seramai 67 orang telah dimulakan sebaik sahaja menerima keputusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kolej yang cukup sinonim dengan KDYMM Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ini telah dirasmikan oleh Baginda pada 16 November 2000 bersamaan 19 Syaaban 1421H.  Sultan Pahang menjadi simbol dan lambang kegemilangan kolej ini di negeri Pahang.




Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) merupakan sebuah kolej Swasta milik penuh Bumiputera dan dikendalikan oleh KIST Group Holdings Sdn Bhd dan modal saham berbayar yang dibenarkan adalah RM 100 Juta. Beroperasi sejak Tahun 2004, Kolej cawangan KIST yang bermula di Kampus Bachok, Kelantan berkembang ke Kampus Kuala Berang, Terengganu pada tahun 2008. Pada awal tahun 2009, KIST berjaya menubuhkan sebuah Akademi Penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu dibawah Akademi Penerbangan KIST (KIST Aviation Academy)



Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang ialah sebuah kolej milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. KITAB mula beroperasi setelah mendapat kelulusan perakuan penubuhan daripada JPS pada 12 Mei 2004 dan No. Penubuhan KP (JPS) 5195 / IPTS / 1301 / (07). Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi memastikan KITAB beroperasi dalam keadaan yang mantap, teguh dan dipercayai. Jawatankuasa tersebut merangkumi Jawatankuasa Merangka Kurikulum, Jawatankuasa Pakar Menyemak Kurikulum dan Lembaga Pengarah KITAB. Keahlian Jawatankuasa ini terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang di peringkat negeri dan kebangsaan.


Kolej Jaiputra mula beroperasi pada tahun 1998. Kolej ini menawarkan sistem pengajian bersepadu di antara bidang profesional dan pengajian Islam. Bermula Jun 2005, Kolej Jaiputra kini beroperasi di Kampus Kijang berhampiran Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Sebuah kolej yang memberi penekanan khusus dalam pembangunan modal insan di samping kecemerlangan akademik. Ingin menjadikan Kolej Jaiputra sebagai sebuah IPTS yang berdaya saing dan mengungguli pendidikan bersepadu untuk melahirkan tenaga profesional yang seimbang dan bertaraf dunia selaras dengan aspirasi ummah.






No comments:

Post a Comment